Geologi Giant's Causeway

Sekitar 50 hingga 60 juta tahun yang lalu,[4] semasa Zaman Paleosen, Antrim mengalami kegiatan gunung berapi yang intensif di mana basalt lebur sangat cair masuk melalui dasar kapur untuk membentuk penara lava yang luas. Semasa lava ini menyejuk, pengecutan berlaku. Pengecutan mendatar merekah dengan cara yang serupa dengan pengeringan lumpur, dengan rekahan merebak ke bawah ketika jisim terkumpul disejukkan meninggalkan struktur seumpama tiang yang turut merekah secara mendatar menjadi "biskut". Dalam banyak kes, rekahan mendatar itu menghasilkan permukaan bawah yang cembung, sementara permukaan atas segmen bawah itu berbentuk cekung, menghasilkan sendi yang dipanggil "bola dan soket".

Saiz "tiang-tiang" ini ditentukan terutamanya oleh kadar kelajuan lava menyejuk.[10] Rangkaian rekahan yang luas itu menghasilkan tiang-tiang distingtif yang dapat dilihat sekarang. Batu basalt pada mulanya merupakan sebahagian daripada plateau gunung berapi yang besar yang dipanggil Plateau Thulean, yang terbentuk semasa Zaman Paleosen.[11]